Kerjaya politik Fuad Hassan

Beliau menjadi ADUN Hulu Kelang selama sepenggal. Pada pilihan raya tahun 1999, beliau telah tewas kepada calon PKR ketika itu ialah Y.B. Mohamed Azmin Ali.

Sejak dari kekalahan itu, beliau telah bersara dari arena politik dan kini menumpukan kepada bidang perniagaan. Yang terbaru ialah beliau sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Asmara Air Services Sdn. Bhd. Beliau menjadi Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan. Pengalaman, kebolehan dan kelulusan yang beliau miliki dikira amat sesuai untuknya menjawat jawatan penting dalam membantu memperkukuhkan harapan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO sekarang.